Wednesday, 26 October 2011

DOA HINDARI SIHIR/ILMU HITAM

"Doa Menghindari Sihir Dan Ilmu Hitam

Maksudnya: "Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: Apa yang kamu datangkan itu, adalah sihir. Sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakan-Nya kepadaku). Sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang melakukan kerosakan. Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa." (Surah Yunus: 81-82)

Khasiat dan kaifiat beramal

Caranya ialah dengan membacakan ayat-ayat ini bersama ayat ke 118 hingga 121 surah al-A’raaf dan ayat ke 69 surah Taha kepada bekas yang mengandungi air. Kemudian air itu disiram ke atas kepala orang yang terkena sihir itu.

(Al-Durrul Manthur, tafsir ayat 81-82 surah Yunus)"

RENDAHKAN SUARA MU ITU....

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.

Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah s.a.w, merekalah orang-orang yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertakwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.

Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tata tertib).

Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

HADITH NABI SAW...DENGARLAH

Baginda Nabi SAW bersabda:

اسْمَعُوا هَلْ سَمِعْتُمْ أَنَّهُ سَيَكُونُ بَعْدِي أُمَرَاءُ فَمَنْ دَخَلَ عَلَيْهِمْ فَصَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ وَلَيْسَ بِوَارِدٍ عَلَيَّ الْحَوْضَ وَمَنْ لَمْ يَدْخُلْ عَلَيْهِمْ وَلَمْ يُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ وَلَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذِبِهِمْ فَهُوَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ وَهُوَ وَارِدٌ عَلَيَّ الْحَوْضَ

"Dengarlah, apakah kalian mendengar, - sesungguhnya - sepeninggalanku nanti akan ada pemimpin-pemimpin (iaitu yang zalim), barangsiapa yang memasuki mereka lalu membenarkan kedustaan mereka serta menolong kezaliman mereka, dia tidak termasuk golonganku dan tidak akan mendatangi telagaku, barangsiapa tidak memasuki mereka, tidak membantu kezaliman mereka dan tidak membenarkan kedustaan mereka, dia termasuk golonganku, aku termasuk golongannya dan dia akan mendatangi telagaku".

Berkata Abu Ismail Fathi Ali al-Tabib: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi (no. 2259) dari Ka'ab bin Ujrah, dan disahihkan oleh Imam al-Tirmizi sendiri katanya "Sahih Gharib", juga disahihkan oleh al-Albani katanya "Sahih" (Sahih al-Tirmizi, no. 2259), dan juga disahihkan oleh Muqbil Hadi al-Wadi'i dalam al-Sahih al-Musnad mimma Laisa fi al-Sahihain (no. 1098). Dalam hadith ini padanya larangan keras untuk menyertai pemerintah yang zalim dan membantu kezaliman mereka, dalam konteks moden kini samada dengan menyertai parti mereka dan sebagainya.

SATU PERINGATAN...

"Daripada Anas R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api".... (H.R. Tirmizi)

Ya Allah... permudahkanlah pada mereka yang berjuang keranaMU........"

SYAITAN: APA BEZANYA?

"Beza Syaitan Penggoda Orang Kafir dan Orang Mukmin
1. Kenapa syaitan penggoda orang kafir itu gemuk, segar, rapi, dan memakai baju cantik?

Sebab orang kafir tidak pernah menyebut nama Allah. Pada waktu makan dia tidak menyebut nama Allah sehingga syaitan boleh makan bersamanya sampai puas. Ketika minum dia juga tidak menyebut nama Allah sehingga syaitan boleh ikut minum. Ketika memakai minyak rambut dia tidak menyebut nama Allah sehingga syaitan turut diminyakkan. Dan ketika memakai pakaian dia tidak menyebut nama Allah sehingga syaitan ikut memakai pakaiannya.

2. Kenapa syaitan penggoda orang mukmin kurus, kering, kusut, dan tidak berpakaian?

Orang mukmin selalu berzikir dan membaca bismillah menyebut nama Allah. Ketika hendak makan dan minum dia membaca Bismillah menyebut nama Allah, maka syaitan akan lapar dan haus. Ketika memakai minyak rambut dia menyebut nama Allah, maka syaitan itu kusut. Dan ketika memakai baju dia juga menyebut nama Allah menyebabkan syaitan itu tidak berpakaian."

Begitulah, betapa agungnya faedah membaca Bismillah. Baginda Rasulullah SAW mengajarkan agar umatnya memulakan segala perbuatan baiknya dengan membaca Bismillah, menyebut nama Allah SWT. Agar perbuatannya itu benar-benar mendapat keberkatan, tidak diganggu syaitan dan mendapat keredhaan Allah SWT."

'via Blog this'

INDAH-NYA ALAM...

Begitu indahnya Alam yang Allah cipta
Dipenuhi dengan Warna dan bukti Kebesaran yang Esa
Setiap satu pasti ada manfaatnya
Membawa insan berfikir Kerdilnya diri mereka
♥ Sungguh Indah Ukhwah persaudaraan dalam diri Manusia
Miskin dan Kaya hilang ukurannya
Tiada bayaran Bersahabat di Dunia
Dengan harapan ia kekal sehingga pintu Syurga
♥ Harta dan Pangkat tiada makna
Hanya keikhlasan menjadi pembeza
♥ Hari ini kita berduka-lara
Esok Insyaallah kita berbahagia
Sahabat Sejati menjadi Ubatnya
Semoga ia kekal selamanya..Ameen .

Surah As-Sajdah:15

"Sesungguhnya mereka yang beriman dengan ayat-ayat Kami hanyalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengannya, mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya dan mereka pula tidak bersikap sombong dan takbur”
(Surah As-Sajdah:15)