Tuesday 6 December 2011

1..2..3..4...ANAK?

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama,

“Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation“, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, 

“Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”

Surah Al-A'laa

Dimulai dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan), - (Al-A'laa 87:1) 

Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya; (Al-A'laa 87:2)

Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya); (Al-A'laa 87:3)

Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak, (Al-A'laa 87:4)

Kemudian Ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering - (berubah warnanya) kehitam-hitaman. (Al-A'laa 87:5)

Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu - dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa, (Al-A'laa 87:6)

Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi. (Al-A'laa 87:7)

Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) Agama yang mudah diterima oleh akal yang sihat. (Al-A'laa 87:8)

Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna); (Al-A'laa 87:9)

Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu; (Al-A'laa 87:10)

Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya, (Al-A'laa 87:11)

Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya), (Al-A'laa 87:12)

Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang. (Al-A'laa 87:13)

Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh), (Al-A'laa 87:14)

Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Allah serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk). (Al-A'laa 87:15)

(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia; (Al-A'laa 87:16)

Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal. (Al-A'laa 87:17)

Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, - (Al-A'laa 87:18)

Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa. (Al-A'laa 87:19)

TERLALU CINTAKAN DUNIA..

"Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan 'takut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah s.w.t. Manakala “takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah s.w.t. "

Monday 5 December 2011

HIKMAH BACA YASIN

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:

Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
Jika terpenjara akan dibebaskan.
Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”
Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”
Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
Begitu banyak khasiat dan kebaikan yang bakal kita perolehi melalui bacaan surah Yasin, seperti yang telah disebut seperti di atas Yasin umpama hati kepada al-Quran. Sudah semestinya salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada seseorang pastinya melalui hati, oleh itu marilah kita mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. melalui ibadah dan bacaan Yasin. InsyaAllah.

Sunday 4 December 2011

Surah al-Nahl:126

"Firman Allah s.w.t: "Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dgn kejahatan yg sama seperti yg telah ditimpakan kepada kamu dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yg demikian itu adalah lebih bagi org yg sabar."

Ketahuilah olehmu...

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia.. 
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha. 

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih..
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.

Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk
menelepon...
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau pikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
Allah SWT punya jawabannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah SWT telah tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU... .....

KEBERKATAN-NYA..

Firman Allah S.W.T ,
"Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka lelaki dan wanita pintu pengurniaan Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan,bohongi,menipu ayat-ayat kami, lalu Kami timpakan mereka Dengan azab seksa disebabkan apa Yang mereka telah usahakan”. surah al-A'raf ayat 96.

BERKAT ini terlalu besar berharga mahal ,tinggi,besar nilainya ....kiranya kita beriman dan bertaqwa sekecil semut binatang pun kita boleh fahami mereka berbicara......secara sepintas lalu bila baca kata Allah swt ini,kita sudah faham penduduk negeri yakni negeri2 dimalaysia kita yang tercinta ini ,kiranya kita semua beriman sungguh-sungguh kita boleh saksikan berbagai yang canggih2 ,pelik2..pokok pun boleh bercakap,mahluk Allah swt ,semua jadi sebenar baiknya,neraka hanya mahluk iblis,setan,jin kafir sahaja penghuninya......balik pada diri kita..suluh diri kita sendiri beriman ka belum...negeri adalah tubuh badan kita ini ,penduduknya ialah mata,tangan,kaki,mulut,telinga,kemaluan kita,akal,hati zahir dan batin kita,semua ini sudah kah kita taatsetia semuanya disisi ALLAH swt kita ,beriman semuanya kepada ALLAH SWT...kiranya sudah al-hamdulilah,kita akan saksi kannya KEBERKATAN ITU adanya ...... tentulah Kami akan membuka kepada mereka pintu pengurniaan Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. ....amiinnnn...kiranya belum...masyaallah...astarfirullaha a'zimm... lalu Kami timpakan mereka Dengan azab seksa disebabkan apa Yang mereka telah usahakan”...nau zubillah hi min zalikkk......amiinnn. AL-ARAF MAKNANYA KITA DAPAT DUDUK DARJAT YANG TERTINGGI DISISI ALLAH SWT ...AYAT 96=9 +6 = 15 = 1 +5 = 6....ALLAH JADIKAN LANGIT DAN BUMINYA DALAM MASA 6 HARI ....kiranya kita beriman sungguh2 6 hari sahaja pun kita sudah boleh melihat berbagai2 dan bermacam2 keajaiban ALLAH swt tunjuki kepada diri kita ini di langit dan buminya ....tentulah Kami akan membuka kepada mereka lelaki dan wanita pintu pengurniaan Yang melimpah-limpah berkatnya, #dari langit dan bumi.#...Allah swt bila berkata-kata ,tidak pernah sekali-kali berbohongi kita ...kerana ALLAH itu bersifat dengan AL-HAQ...BENAR,BENAR,BENAR.....AMIINNN.