Thursday 1 December 2011

DUA BELAS AURAT WANITA

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah
melaknat perempuan yang mencukur atau
menipiskan bulu kening atau meminta supaya
dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis
Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan
janganlah mereka (perempuan) membentakkan
kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari
Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan
kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan
mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka
yang mengikatnya dengan loceng……
3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai
wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum
supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita
itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap
mata ada zinanya terutamanya hidung yang
berserombong kapal kata orang sekarang hidong
belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn
Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan)
melabuhkan kain tudung hingga menutupi
bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari
Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang
mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan
giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani,
Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya
supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan
Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim.
6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu
(perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu
menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah
yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan
menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan
tudung yang menampakkan leher seperti orang
Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah
menemui Rasullulah dengan memakai pakaian
yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma!
Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid
tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan
kecuali pergelangan tangan dan wajah saja -
Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk
dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh
kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya
- Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan
mukmin hendaklah mereka menundukkan
sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari
Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai
pandangan yang satu mengikuti pandangan
lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang
pertama sahaja manakala pandangan seterusnya
tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari
Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-
perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara
sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan
serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-
perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab
Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku
yang minum arak yang mereka namakan dengan
yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-
bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka
Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi -
Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-
perempuan mukmin, hendaklah mereka
menundukkan pandangan mereka dan menjaga
kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur
Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu,
puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya
dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke
dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia
kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka
pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan
dia telah membinasakan tabir antaranya dengan
Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu
Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang
berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata ,
maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di
hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat
Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud :
Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,
anak perempuanmu dan isteri-isteri orang
mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab
(baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya
mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak
diganggu. Allah maha pengampun lagi maha
penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah
perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi
telanjang yang condong pada maksiat dan menarik
orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak
akan masuk Syurga dan tidak akan mencium
baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/
jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka
bahagian-bahagian tertentu.

No comments:

Post a Comment