Sunday 4 December 2011

ZIKIRULLAH..

Sabda Nabi, "Mahukah aku beritahu kamu tentang
amal yang paling bersih di sisi Tuhanmu dan
paling tinggi mengangkat darjatmu, dan lebih baik
bagimu dari berperang melawan musuh, kamu
memenggal leher mereka dan mereka pun
memenggal leher kamu?"

Para Sahabat menjawab,
"Khabarkan kepada kami." Rasulullah S.A.W. pun
bersabda, "Zikir (ingat) kepada Allah".
(HR Hadis At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Firman Allah, "Maka apabila kamu telah
menyelesaikan solatmu, ingatlah Allah di masa
berdiri, di masa duduk dan di masa
berbaring." (An-Nisa' 103)

Firman Allah, "Hai orang-orang yang beriman,
berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir
yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah
kepadaNya di waktu pagi dan petang."
(Al-Ahzab 41-42)

Allah berfirman yang bermaksud: "Iaitu orang
yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram
dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan
mengingati Allah hati akan menjadi
tenteram."
(Surah ar-Ra'd,ayat 28)

No comments:

Post a Comment