Wednesday 26 October 2011

HADITH NABI SAW...DENGARLAH

Baginda Nabi SAW bersabda:

اسْمَعُوا هَلْ سَمِعْتُمْ أَنَّهُ سَيَكُونُ بَعْدِي أُمَرَاءُ فَمَنْ دَخَلَ عَلَيْهِمْ فَصَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ وَلَيْسَ بِوَارِدٍ عَلَيَّ الْحَوْضَ وَمَنْ لَمْ يَدْخُلْ عَلَيْهِمْ وَلَمْ يُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ وَلَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذِبِهِمْ فَهُوَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ وَهُوَ وَارِدٌ عَلَيَّ الْحَوْضَ

"Dengarlah, apakah kalian mendengar, - sesungguhnya - sepeninggalanku nanti akan ada pemimpin-pemimpin (iaitu yang zalim), barangsiapa yang memasuki mereka lalu membenarkan kedustaan mereka serta menolong kezaliman mereka, dia tidak termasuk golonganku dan tidak akan mendatangi telagaku, barangsiapa tidak memasuki mereka, tidak membantu kezaliman mereka dan tidak membenarkan kedustaan mereka, dia termasuk golonganku, aku termasuk golongannya dan dia akan mendatangi telagaku".

Berkata Abu Ismail Fathi Ali al-Tabib: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi (no. 2259) dari Ka'ab bin Ujrah, dan disahihkan oleh Imam al-Tirmizi sendiri katanya "Sahih Gharib", juga disahihkan oleh al-Albani katanya "Sahih" (Sahih al-Tirmizi, no. 2259), dan juga disahihkan oleh Muqbil Hadi al-Wadi'i dalam al-Sahih al-Musnad mimma Laisa fi al-Sahihain (no. 1098). Dalam hadith ini padanya larangan keras untuk menyertai pemerintah yang zalim dan membantu kezaliman mereka, dalam konteks moden kini samada dengan menyertai parti mereka dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment