Tuesday 22 November 2011

5 TIPS KEJAYAAN

Disebalik kejayaan seseorang, pasti ada pegangan atau disiplin yang amat kuat didalam diri mereka. Apakah yang membuatkan seorang berjaya dan seorang lagi tidak? Di bawah adalah tips kejayaan yang disampaikan oleh pegawai eksekutif yang telah menempuhi kejayaan yang hebat. Apakah rahsia disebalik kejayaan mereka? Diharap ia dapat membantu memotivasikan terhadap apa sahaja yang anda lakukan.
Steve Ballmer, CEO, Microsoft-  Lakukan sesuatu dengan cara yang tersendiri, cinta terhadap perkara yang sedang dilakukan, dan berusaha dengan gigih. Microsoft diasaskan hasil daripada idea Bill Gates dan Paul Allen yang sebelum ini orang lain tidak fikirkan.
Alan Mulally, CEO, Ford- Berkembang maju dalam menghadapi kesukaran, nikmat kejayaan pasti milik anda. Untuk beberapa tahun ini, industri automobil bukanlah satu industri yang dijalankan secara besar-besaran. Tetapi, hasil daripada kesukaran yang dihadapi, ia adalah suatu perkara yang amat menguntungkan.
Larry Page, CEO, Google- Mengetahui kemampuan sebenar diri anda, pastikan ia tidak dipengaruhi dengan perasaan ego. Apabila Larry Page dan Sergey Brin memulakan Google, kedua-duanya mempunyai pandangan jauh untuk merealisasikan set kemahira masing-masing yang mungkin Pegawai Eksekutif lain merasakan ia tidak penting. Jadi mereka membawa masuk teknologi veteran Eric Schmidt untuk menyediakan “pengawasan orang dewasa” yang diperlukan untuk membuat Google yang merupakan pusat kekuatan korporat pada hari ini.
Mark Zuckerberg, CEO, Facebook- Berfikir untuk satu jangka masa yang panjang, bukan kesenangan serta merta. Kejayaan yang dilami sekarang adalah satu proses perancangan sejak saya masih kecil lagi.
Mark Pincus, CEO, Zynga- Ringkas kadang-kadang adalah satu perkara yang lebih baik. Zynga sehingga sekarang masih mendapat perhatian daripada penggemar mereka disebabkan oleh keringkasan permainan yang mereka cipta.

No comments:

Post a Comment