Monday 28 November 2011

AKIBAT TAK TUTUP AURAT..

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat
jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan
cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori
hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan
salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan
oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya
aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa
lain seperti zina, mengandung anak luar nikah,
bercerai suami isteri akibat curang, membunuh
anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan
pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa
'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada
disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah
ertinya :-
" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada
keduanya untuk menampakkan kepada keduanya
yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-
A'raf : 20)
Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat
Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat
adalah :-
a) Perbezaan dengan binatang.
Allah SWT berfirman : " Wahai anak Adam, telah
kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh
menutup aurat-aurat kamu dan untuk
perhiasan" (Al-A'raf : 26)
Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan
kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam
kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru
barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara
langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan
binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal
bagi menjalankan arahan penutupan aurat.
b) Agar kaum wanita tidak disakiti
Ia berdasarkan ulasan yang telah dibuat sebelum
ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-
Ahzab ayat 59.
c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut
agama Islam.
Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59
tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang
saudara/i; demikian itu lebih memastikan mereka
agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »
Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi
tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai
penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang
membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda
ketaqwaan hati »
d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian
Islam .
Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend' sesebuah
organisasi atau restoran hebat hari ini pasti
meletakkan ‘dress code' tertentu bagi
kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya
bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi
dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh,
kita tidak akan dapat melihat individu berselipar
Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di
PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan
PETRONAS di pejabat mereka di Menara
Berkembar. Semua menjaga ‘standard' berbanding
Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.
Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup
yang profesional pastinya begitu lengkap
menyediakan panduan melengkapi setiap sudut
kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti
urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan
kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak
mengarah umatnya membuat perkara yang tidak
rasional, justeru, sudah tentu ‘standard' pemakaian
yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia
amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang
sihat.
e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap
ketaatan mereka kepada Allah SWT.
Hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya :
"Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji
siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al- Mulk :
2)
Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan
pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya
akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang.
Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan
mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga
meraih setiap dosa semua lelaki yang
memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak
dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan
aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi
SAW...
" Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk,
maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang
membuatnya tanpa sedikit kurang pun
dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )
Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila
seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya
di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya
mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga
mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata
yang memandang. Adakah hati orang sebegini
boleh dikira baik setelah gunungan dosa
mengaratkan hatinya?
Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha
pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang
Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil,
tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah
bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar,
Syurga dan Neraka juga benar. Jika
mempercayainya maka mengapa tindakan masih
seolah meraguinya?

1 comment:

  1. Assalamualikum ustadz,saya minta izin copy paste postingan tersebut.untuk saya share lagi pada masyarakat luas,agar ajaran islam bertambah kokoh.amiin,wassalam wr.wb

    ReplyDelete