Tuesday 22 November 2011

RAHSIA Surah Al-Fatihah

“Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al Quran yang agung.” (Q.S. Al Hijr 15: 87).

Sebahagian besar ulama menafsirkan bahawa tujuh ayat yang diulang-ulang itu adalah surat Al Fatihah. Hakikatnya memang benar, 7 ayat dalam surat Al Fatihah ini memang diulang-ulang baca oleh seluruh umat Islam ketika melakukan solat. Hakikatnya juga ayat 1 hingga 7 surah Al-Fatihah ini diulang-ulang baca dalam 17 rakaat pada 5 kali solat sehari semalam. Surah inilah yang dibaca ketika berdoa. Surah inilah yang dibaca di majlis-majlis.

“Surah ke 1 jumlah ayat 7 dibaca 17 kali”.

Allah mengajar ILMU NOMBOR kepada kita di dalam SURAH PERTAMA (Al-Fatihah) ini. Umumnya, walaupun sejarah menyatakan bahawa ayat 1-5 surah AL-ALAQ merupakan WAHYU PERTAMA untuk rasulullah SAW namun di dalam penyusunan Al-Quran, Al-Fatihah dijadikan UMMUL QURAN atau sebagai PEMBUKA Al-Quran. Surah inilah yang bakal ditemui oleh sesiapa juga yang memulakan bacaan kitab Al-Quran ini. Jika diamati, surah ini nyata unik dan berbeza dengan surah-surah yang lain dimana ayat pertamanya adalah BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. Walaupun kita bakal bertemu kalam Bismillah di permulaan seluruh surah (kecuali surah Al-Taubah), namun Bismillah tersebut bukanlah ayat yang bertanda. Ini bermaksud, ia bukanlah sebahagian dari ayat-ayat dalam surah-surah yang diawalinya. Ia adalah ‘adab’ membaca ayat-ayat Al-Quran. Berbeza dengan Bismillah di surah Al-Fatihah, ia adalah ayat pertama di surah pertama ini. Tidak membacanya bermaksud gugurlah surah (tidak lengkap) yang seterusnya akan mengugurlah ibadah yang didirikan (contohnya solat). Adakah fenomena ini kebetulan atau ada ‘ilmu’ yang tersirat di sebaliknya? Mengapa Bismillah di surah Al-Fatihah ini bertanda ‘ayat 1’ manakala Bismillah pada awal surah yang lain tidak bertanda??

“Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya.”

Allah seolah memberi PERTUNJUK PERTAMA di AYAT PERTAMA dalam SURAH PERTAMA ini.

Apabila kita perhatikan kembali fenomena al-Fatihah dengan 7 ayat yang akan di baca berulang-ulang kali, kita akan bertemu dengan RAHSIA 7 lainnya.

“Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Q.S. Al Baqarah 2: 29)

Di dalam ayat tersebut, Allah menyebut tentang adanya tujuh langit. Dan ternyata ayat yang membicarakan tentang tujuh langit di dalam Al Quran jumlahnya juga tujuh ayat iaitu dalam surah:

Al Baqarah 2: 29,
Al Mukminuun 23: 17,
Fushshilat 41: 12,
Ath-Thalaq 65: 12,
Al Mulk 67: 3,
Nuh 71: 15, dan
An Naba’ 78: 12.

No comments:

Post a Comment