Monday 21 November 2011

Dua Jenis Marah: Marah Terpuji & Tercela

Marah sering diklasifikasikan menjadi dua jenis.

Pertama, marah yang terpuji, iaitu bila dilakukan dalam rangka membela diri, kehormatan, harta, agama, hak-hak umum atau menolong orang yang dizalimi. Kedua, marah yang tercela, yakni marah sebagai tindakan balas dendam demi dirinya sendiri.

Dalam kehidupan keluarga, seorang isteri akan menerima kemarahan suami, bila suaminya marah dengan landasan keagamaan yang kukuh. Suami marah kerana ingin membela prinsip agama yang mungkin dilalaikan oleh isterinya. Inilah marah yang berbaloi, marah yang berkualiti.

Suami marah tidak semata-mata kerana perkara-perkara yang bersifat keduniaan, atau hal-hal remeh yang tidak memiliki kaitan dengan agama. Suami marah kerana didasari alasan yang bersifat syar’ie, walaupun itu harus, tetapi ia masih lagi dalam batas kewajaran dan tidak boleh berlebihan.
Marah seperti inilah yang pernah dilakukan Rasulullah dalam hidupnya.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud bahawa dia berkata, “Kami pernah bersama Rasulullah melalui sebuah sarang semut yang telah dibakar.
Nabi lalu marah dan bersabda, ‘Sesungguhnya tidak patut bagi manusia untuk menyiksa dengan siksaan Allah’.” (HR. Ahmad dan Nasa’i)"


No comments:

Post a Comment