Tuesday 22 November 2011

MA'AL HIJRAH

Disebut oleh al-Imam Abu Bakar Syatha ad-Dimyathi rahimahullah dalam "Ianatuth Tholibin" juzuk 3, halaman 414 :

Dan Ibnul Jauzi telah menyatakan bahawa di antara khasiatnya (yakni khasiat Majlis Maulid Nabi sollallahu 'alaihi wassalam) bahawasanya diberikan keamanan pada tahun tersebut dan akan diberikan kegembiraan dengan segeranya tertunai segala cita-cita dan keinginan.

Setelah segala untaian indah sirah kehidupan, akhlak pribadi dan sifat kemuliaan baginda dibaca, diiringi pula doa membawa berbagai harapan dan permohonan, antaranya, memohon keamanan dan kesentosaan serta kemakmuran bagi Negara tercinta.

Ya Allah, jadikanlah negeri ini dan sekalian negeri umat Islam aman sentosa lagi makmur dan cucurilah kami akan hujan rahmat yang meratai segala lembah dataran dan bukit-bukau. Allahumma aamiin mudah-mudahan dikabulkan Allah.

No comments:

Post a Comment