Monday 21 November 2011

Berikan Kemaafan, Tenangkan jiwa

Kunci kelapangan jiwa dan ketenangan hati adalah di dalam roh kita ini tiada kebencian terhadap orang lain. Dan ia adalah salah satu dari kunci-kunci syurga.

Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersama sahabat-sahabatnya sedang duduk bersama.

Tiba-tiba baginda bersabda: “Akan datang selepas ini seorang ahli syurga.”
Maka muncul lah fulan bin fulan.

Keesokannya juga sama, Rasulullah bersabda perkara yang sama, dan muncul fulan bin fulan yang sama.
Keesokannya lagi juga sama. Rasulullah SAW bersabda perkara yang sama, dan muncul fulan bin fulan yang sama.

Akhirnya seorang sahabat Rasulullah pergi berziarah ke rumah lelaki itu, dan tidur di rumahnya untuk menyiasat apakah amalannya.
Selama tiga hari, sahabat Rasulullah itu tidak menjumpai apa-apa ibadah yang hebat, yang besar,yang menarik.

Akhirnya dia menyatakan hajat sebenarnya tidur di rumah lelaki itu.
Lelaki itu menjawab: “Ibadahku adalah sebagaimana yang kau lihat. Tiada yang menakjubkan. Biasa-biasa sahaja.”
Sambung lelaki itu: “Tetapi di dalam hatiku tidak ada sangka buruk, rasa benci, kepada saudara-saudara mukminku.”

Sebab itu, Islam menganjurkan bermaafan.
Sebab dengan kemaafan, hati manusia itu akan bahagia."


No comments:

Post a Comment