Tuesday 22 November 2011

KALIMAH BISMILLAH ADA 19 HURUF

Kalimah Bismillah di dalam susunan huruf-huruf arab, ia terbina dengan 19 huruf. Fenomena angka 19 dan kelipatannya di dalam Al Quran memang sudah cukup lama dibicarakan namun tidak semua ‘minda muslim’ mahu melihatnya dan menghayatinya. Menariknya, pengkaji-pengkaji ilmu nombor rata-rata bersetuju bahawa SIMBOL NOMBOR hanya ada Sembilan Angka kesemuanya iaitu 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9. Dimulaidengan simbol angka 1 dan di akhiri dengan simbol angka 9. Maka, MESEJ ALLAH melalui kod metamatik 19 huruf yang membina kalimah Bismillah ini seolah menggambarkan SEGALANYA DI ANTARA 1 dan 9, yakni “DIALAH YANG AWAL DAN YANG AKHIR” sejajar dengan firmannya dalam surah Al-Hadid ayat 3 yang bermaksud:

“Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” QS 57:3

Kod metamatika 19 pada Bismillah ini juga memperlihatkan suatu formula metamatik agung yang membuktikan MUKJIZAT Al-Quran yang dipenuhi dengan KERANGKA KEKUNCI METAMATIKA ULUNG yang tak mampu dicipta oleh manusia. Jika dicampurkan angka yang kelihatan ini (iaitu 1 dan 9) ia akan membawa kita ke satu nilai akhir iaitu SATU (1+9 = 10 seterusnya 1+0= 1). Bukankah ayat Bismillah merupakan AYAT PERTAMA (SATU) yang tersusun di dalam Al-Quran??!.

No comments:

Post a Comment