Friday 11 November 2011

2 JENIS LELAKI SOLEH

Dari Ibnu Mas’ud r.a, katanya : “ Dua orang lelaki yang mana Allah bergembira melihat kedua-dua mereka:

(a). Seorang lelaki yang berjihad berada di atas kudanya yang menyerupai kuda-kuda para sahabatnya. Musuh pun berhadapan dengan mereka lalu tumpas. Manakala lelaki itu tetap teguh atas kudanya (berjihad). Sekiranya beliau terbunuh, maka beliau telahpun menemui kesyahidan. Maka itulah lelaki yang mana Allah gembira melihatnya.

(b). Dan seorang lelaki yang bangun pada waktu malam, tidak ada seorang pun mengetahuinya lalu beliau menyempurnakan wudhu dan berselawat ke atas Muhammad shalallahu ‘alaihi wasallam dan memuji Allah serta memulakan bacaan Al-Quran
(dalam riwayat lain status Sahih dari Imam Ahmad dan Ibnu Hibban ditulis ‘bersolat’).

Maka Allah gembira melihatnya dan berfirman kepada malaikat-Nya; “Lihatlah kepada hamba-Ku. Tidaklah seorang pun melihatnya kecuali Aku.”

( Hasan Li Ghoyrihi Riwayat Thabrani dalam Al-Mu’jam Al-Kabir)

No comments:

Post a Comment