Tuesday 15 November 2011

BENTENG ORANG ISLAM..

Benteng bagi orang beriman adalah taubat kerana dengan istighfar sesukar apapun musibah yg ditelan ia tidak akan menjejaskan agamanya & hatinya pun sentiasa diliputi kemanisan iman.
Ia adalah janji & pertolongan Allah kpd pencinta taubat.

Sesungguhnya sesiapa yg mencari kasih sayang Allah, carilah ia dgn taubat, sesiapa yg menjual dunia untuk mendapatkan akhirat janganlah lupakan taubat, kerana walaupun amal soleh berjaya dikumpulkan tidak mustahil dicemari hasutan syaitan.

Tangisilah dirimu, biarkan syaitan berputus asa. Hakikatnya, tangisanmu itu membuat syaitan menangis juga.
Seperti mana dia menangis melihat seorang hamba bersujud kpd Allah, sedangkan dia dulu tidak mahu bersujud!

No comments:

Post a Comment