Monday 7 November 2011

DAKYAH MUSUH ISLAM

MAKKAH: Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Al Sheikh dalam khutbah Aidiladha mengingatkan umat Islam supaya berhati-hati menghadapi dakyah musuh Islam supaya tidak diperalatkan sehingga menyebabkan rakyat dan pemimpin bertelagah.

Musuh-musuh Islam sejak dahulu lagi sedar jika umat Islam benar-benar mengikut al-Qur’an dan as-Sunnah pasti tiada suatu kuasa pun dapat mengatasi kekuatan Islam. Maka mereka, diketuai Yahudi dan Kristian TELAH DAN SELAMANYA melancarkan perang saraf untuk melemahkan iman umat Islam melalui budaya yang berteraskan cinta dunia dan hawa-nafsu. Realiti kini menunjukkan MAJORITI umat Islam telah pun terperangkap dengan JERAT yang dipasang oleh Yahudi dan Kristian. Mereka tidak perlu memerangi dan membunuh UMAT ISLAM dengan senjata, tetapi memadai dengan BUDAYA HEDONISMA, budaya hidup berseronok, memuaskan hawa nafsu tanpa batasan dan mengabaikan perintah dan larangan agama.

Agama Islam hanya diamalkan ketika kelahiran, perkahwinan dan kematian seperti yang diamalkan oleh golongan Kristian dan Yahudi. Rasulullah s.a.w. telah memberi peringatan kepada para sahabatnya bahawa UMAT ISLAM akan mengikut Yahudi dan Kristian sejengkal demi sejengkal, hinggalah masuk ke lubang biawak…Malang sekali, umat Islam kini telah meninggalkan AL-QUR’AN DAN HADIS…"

No comments:

Post a Comment