Monday 14 November 2011

FIKIR DULU SEBELUM BERKATA-KATA

Berfikirlah sebelum kita mengeluarkan kata. Sesungguhnya pada tiap-tiap perkataan itu ada dosa atau pahala yang pasti dicatatkan oleh malaikat pencatat yang tidak pernah lupa atau alpa pada tugas-tugasnya.
Diriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa Baginda berpesan “Sesungguhnya seseorang hamba Allah yang memperkataan satu perkataan yang mengundang redha Allah nescaya kedudukannya di sisi Allah akan diangkat beberapa darjat.
Sebaliknya seseorang hamba Allah yang memperkatakan satu perkataan yang mengundang murka Allah nescaya pasti ia akan dicampakkan ke Neraka Jahannam”.
Begitulah atau sebagaimana mafhum hadis yang disabdakan oleh Rasulullah SAW riwayat al-Bukhari.

No comments:

Post a Comment