Thursday 10 November 2011

JANGAN DI BIARKAN...

cukuplah hanya Penciptaku mengenalku...
firman ALLAH SWT :
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka... orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).


(QS 9:AT-Taubah ayat 23 dan 24 )



"Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkanNya di dalam dirinya."


sebelum melihat aib orang..lihatlah aib pada diri sendiri dahulu...takutlah pada ALLAH!

surah Ali Imran : 104
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang dari melakukan segala perbuatan yang salah. Dan mereka ialah orang-orang yang berjaya”



terasa terasing?

"Islam itu datangnya (mulanya) dalam keadaan pelik (asing), maka ia akan kembali pelik seperti mana ia datang. Maka beruntunglah mereka yang asing."

No comments:

Post a Comment