Friday 18 November 2011

Ketika tiada siapa mengetahui?

Ketika PERDANA MENTERI ke 3 khalifah umar Al-khattab r.a.,mengajar rakyatnya mengenal ALLAH swt ini ,dan membesarkan agama ALLAH swt ini , pada suatu ketika Khalifah Umar Al-Khattab r.a. ingin menguji seorang budak gembala kambing di sebuah padang pasir.untuk umar r.a. tahu sejauhmana berkembangnya ilmu mengenal ALLAH ini,tersebar luas disisi pangkuan rakyat jelatanya pada ketika itu ,

maka menyamar lah umor r.a. sebagai seorg tua yg jahat dan bertanya la umor r.a.pada seorang budak menjaga kambing "Boleh kau jualkan kepadaku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?"

"Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja."

kata umor r.a.

"Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini. Jika kau jualkan seekor kepadaku dan kau katakan kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuanmu tidak akan mengetahuinya," desak Saidina Umar lagi, sengaja menguji.

"Kalau begitu, di mana ALLAH?" ujar budak itu.

Saidina Umar r.a. terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati anak kecil itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya, dia punya kedudukan yang tinggi di sisi ALLAH. Jelas ADANYA DIA di hatinya....Amiinnn...TQ ALLAH SWT .

No comments:

Post a Comment