Friday 11 November 2011

Kewajipan menentang mungkar..

Assalamualaikum,
Sabda junjungan yang bermakud :
"Sekiranya kamu melihat kemungkaran maka cegahlah dengan tangan, jika tidak mampu cegahlah dengan mulut dan jika tidak mampu cegahlah dengan hati, sesungguhnya itulah serendah rendah iman".

Hadis di atas sepatutnya menjadi dasar motivasi yang kuat kepada kita setiap orang Islam untuk turut sama terlibat dalam usaha mencegah kemungkaran. Kemungkaran yang ditaarifkan oleh para ulamak lebih luas daripada maksiat dan secara rengkasnya termasuk juga perkara perkara yang bathil dan zalim sekalipun perkara perkara tersebut tidak melibatkan dosa seperti perbuatan anak anak yang belum akhil baligh berzina atau perbuatan seorang gila yang minum arak.

Sementara cegah dengan hati merupakan perkara yang paling lemah untuk dilaksanakan oleh kita orang Islam tetapi sekiranya kemungkaran tidak dicegah apatah lagi disokong maka tunggulah amaran bala ALLAH di mana apabila datang bala, semua pihak ia itu yang baik dan yang jahat pasti tidak akan terlepas.Mahukan kita yang termasuk dalam katogeri orang baik baik melihat bala ALLAH menimpa kita, keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita?

Kalau kita tidak mahu bala yang masih lagi belum datang ini, maka kita tidak ada pilihan selain turut sama menyumbang kepada pencegahan kemungkaran.Kita tidak boleh hanya berbangga dengan rahmat ALLAH yang melimpa ruah di negara kita kerana kita juga boleh melihat bagaimana satu demi satu kemungkaran dikembangkan oleh setengah pihak yang beragama Islam termasuk oleh mereka yang mempunyai mandat pemerintahan negara.Justeru itu perintah Nabi menerusi hadis di atas mesti kita laksanakan mengikut kemampuan kita masing masing.

Yang berilmu, gembelingkan tenaga dan usaha untuk menyampaikan ilmu mereka, yang diberikan kelebihan menulis, tulislah kebenaran walau di mana jua ada peluang termasuk peluang di internet yang menyediakan banyak ruang menulis dengan begitu bebas sekali, tetapi kita perlu sentiasa ingat, setiap apa yang kita tulis itu mestilah keterangan yang benar dari risalah ALLAH dan RASULnya.

Jemaah Islam yang menyediakan ruang kepada usaha usaha mencegah kemungkaran ini perlu didekati kerana kita perlu akur bahawa sehingga kini kita umat Islam masih belum ada kemampuan mencegah dengan Tangan yang ditafsir oleh para ulamak sebagai kuasa atau mandat pemerintahan. Mendekati jemaah Islam yang berusaha mendapatkan kuasa pemerintah hari ini menjadi satu keperluan kepada kita yang menginsafi diri sebagai hamba ALLAH kerana dengan jemaah ini kita mampu membentuk kekuatan yang lebih padu dalam usaha mencegah kemungkaran.Menyertai jemaah Islam ini pula bermaksud memberi komitment yang ikhlas dan tidak berbelah bagi kepada keseluruhan gerakkerja jemaah dan sentiasa bersedia dipanggil untuk melaksanakan tugasan yang dirangcang jemaah.

Apa sekalipun yang kita lakukan, pastikan ianya menjurus kepada usaha mencegah kemungkaran dan usaha memperolehi kuasa pemerintahan. Pertolongan ALLAH pasti tiba seandainya kita sama sama perihatin menjaga amal dan muamalat kita seperti diperintahkan oleh Islam.Ingatlah Junjungan sudah memberi jaminan bahawa kita tidak akan sesat selagi kita berpegang dengan Alquran dan Alhadis.

No comments:

Post a Comment